Monday, January 2, 2012

Kuantiti dan kualiti emas untuk pelaburan

Assalammualaikum sahabat dan para pembaca blog saya yang setia.Topic blog saya pada post kali nie ialah kuantiti dan kualiti emas yang mana sesuai untuk pelaburan emas fizikal.
saya pernah ditanya tentang "berapa banyak saya perlu beli emas? " berat yang sesuai?
sebenarnya soalan ini sukar untuk dijawap tetapi jawapan sebenarnya mudah iaitu ia bergantung kepada pelabur..
baiklah, biar saya ulaskan secara terperinci.. Disini saya bahagikan kepada 3 cara yang mungkin digunakan oleh pelabur
1) membeli emas pada kuantiti besar100g,500g,1kg
2)membeli emas pada kuantiti medium 10g,20g
3)membeli emas pada kuantiti kecil 0.5g,1g,5g
 berdasarkan 3 cara diatas terdapat kelebihan dan keuntungannya.. tetapi semuanya bergantung kepada tuanpelabur,

1) Membeli emas pada kuantiti besar 100g, 500g,1kg
Terdapat kebaikan jika membeli emas pada kuantiti yang besar antaranya ialah dapat mengurangkan spread harga ( harga jual beli). apabila spread rendah pelabur dapat mengurang tempoh memperolehi keuntungan kerana spread harga dpt diatasi dengan cepat jika dibandingkan membeli pada kuantiti medium dan kecil. Dalam dunia pelaburan emas fizikal, anda perlu paham terdapat 2 kategory pembeli iaitu syarikat yang membekal emas( syarikat yang menjual emas kepada anda) dan pembeli emas seperti anda. jika anda mahukan keuntungan yang maksima anda perlu menjual kepada pembeli bukan kpd syarikat kerana syarikat akan membeli pada harga "we buy". jika anda pandai mencari pembeli anda boleh memperolehi keuntungan lebih kerana anda boleh naikkan harga we buy tersebut.. point saya ialah pada kuantiti besar pelabur mungkin sukar untuk mencari pembeli,kerana harga yang tinggi.. akhirnya pelabur terpaksa menjual kepada syarikat asal..

2) Membeli pada kuantiti medium 10g,20g
secara peribadi saya galakkan pelabur memberi pada kuantiti ini kerana spread harga yg sederhana dan pelabur boleh menjual  pada pembeli.. kerana ianya mampu dibeli oleh pelabur lain jika dibandingkan dengan kuantiti besar..

3) Membeli pada kuantiti kecil 0.5g,1g dan 5g
kelebihan pada kuantiti kecil ialah ianya mampu milik. ianya sesuai untuk golongan yang mempunyai simpanan yang kecil.. antara kelebihan lain ialah ianya dpt dibeli secara bulanan.
 tetapi harganya we sellnya tinggi kerana disbbkan factor minted,mold dan harga beli semula yang rendah. ini menyebabkan spread menjadi tinggi. disini saya simpulkan bahawa

membeli pada kuantiti yang besar mengambil masa 1 tahun untuk memperolehi keuntugan minima pertama.
membeli pada kuantiti sederhana mengambil masa 1 tahun setengah untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama
membeli pada kuantiti kecil mengambil masa 2-3 tahun untuk memperolehi keuntungan minima yang pertama.

keuntungan diatas bergantung kepada timing yang sesuai.

No comments:

Post a Comment

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini tentang Emas dan Perak

Powered By goldsilver2u