Sunday, January 1, 2012

Tambah pelaburan ASB melalui Maybank2u

SAYA rasa ramai dah tahu cara nak tambah pelaburan ASB melalui Maybank2u. cara paling terbaik ialah membuat simpanan bulan2 melalui gaji bulanan.tetapi kebiasaannya kita selalu pergi pejabat pos untuk masukkan duit dlm akaun ASB,, dah la penat beratur pastu layanan boleh pikir la.. nie la antara alasan yg menyebabkab kita Malas nak menyimpan... T...tapi sekarang ni tak ada isu tu lagi, sebab korang boleh simpan duit dalam ASB dengan menggunakan  Maybank2u. Kalau bagi korang yang dah tahu perkara ni tak apa lah.....sebab rasanya pelaburan ASB guna Maybank2u ni dah lama gak la...saya yg ketinggalan keretapi sikit....

Kat bawah ni adalah cara-cara untuk menambah pelaburan ASB korang menggunakan Maybank2u.
Sebelum dapat tambah pelaburan, korang kena  buat pendaftaran ‘Add Favourite’ terlebih dahulu.

Cara pendaftaranAdd Favourite


Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my-->
Pilih ruangan ‘Investment’ --->Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu--->Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB

--->Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue’

---->Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
---->Isikan Nombor Ahli ASB (boleh semak di buku pelaburan), Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’
---->Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan

---->Simpan pengesahan langganan untuk rujukan. Untuk menyemak status pendaftaran adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.


Cara menambah pelaburan ASB

1)Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my

2)Pilih ruangan ‘Investment’
3)Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4)Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ (kalau tak aktif, di bahagian Status akan dipaparkan 'Pending').
5)Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’
6)Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7)Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’
8)Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’
9)Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan. Untuk membuat transaksi adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.


No comments:

Post a Comment

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini tentang Emas dan Perak

Powered By goldsilver2u