Wednesday, February 1, 2012

JanGAn ejek orang bila dia start melabur..

Hari nii aku nak share ngan korang  kisah.. si tukang kebun.. Tukang kebun yang aku maksudkan ialah Hj R

Al kisah ceritanya.. Hj R nii adalah klien aku.. dulu dia nii bekerja sebagai tukang kebun sekolah.. apa dia buat.. belah pagi.. dia jadi tukang kebun.. dan belah petang.. dia dan isteri bela lembu

Hasil dia bela lembu tuu.. untung niaga tuu.. dia kasi kumpul-kumpul.. sebahagian untung dia belikan lembu balik.. sebagai modal pusingan.. dan sebahagian untung lagi.. dia belikan tanah

Focus pelaburan dia pada waktu tuu.. dia beli tanah.. yang satu geran ramai tuan.. orang kampung yang terdesak nak pakai duit.. yang terpaksa jual tanah.. dan dia beli dari orang kampung tadi

Pada masa tuu..   tanah-tanah yang dia beli tak besar pun.. ¾ ekar.. ½ ekar.. tapi banyak lot broo

Pada masa tuu.. tanah-tanah macam nii.. tanah yang kurang 1 ekar.. tak bole pecah geran.. kira masa tuu.. ramai orang kampung.. ketawakan dia.. kononya Hj R buat investment yang salah laa.. orang tak de school laa.. macam-macam lagi

Hj R.. tak peduli dengan ejekan tuu.. bagi dia.. pantang ada duit jee.. asal ada duit.. sebahagian beli lembu.. sebahagian beli tanah.. tuu jee teknik pelaburan dia

Hasil dia main tanah tanih tuu.. sekarang.. jangan main-main oooo.. Hj R yang tak de school tuu.. jutawan senyap oooo..

Yang best tuu.. Hj R bagi tahu.. dari dulu sampai sekarang ni.. lembu dia sekitar 40-70 ekor jee.. bilangan tuu tak tambah puu.. kalo dia jual.. dia akan tambah balik.. pada kuantiti yang sama

Cuma pengalaman Hj R.. setakad nii.. dia untung.. bukan dari lembu.. tapi sebenarnya dari tanah..      

Dan aku terharu sangat.. bila Hj R bagi tahu.. baru-baru nii.. dia wakafkan 28% dari jumlah simpanan dia.. untuk buat surau dan aktiviti lain.. Ya Allah mulia nya hati Hj R

Teknik dia.. senang jee broo..

KOS

Dulu dia beli tanah kongsi, luas tanah ¾ ekar.. tanah kat Bangi.. baru : RM8K

Cukai tanah dia bayar baru RM5 x 20 tahun : RM100

Kos ukur.. untuk pecah geran : RM8K

JUMLAH : RM16,500

JUAL

Hari nii.. kalo Hj R jual tanah ¾ ekar tuu.. tanah pertanian.. aku percaya.. senang-senang jee  boleh jual : RM250K

UNTUNG

JUAL – KOS

RM250,000 – RM16,500 : RM233,500

Hj R bagi tahu lagi.. “Tanpa bekerja.. tanpa bela lembu.. saya untung RM233K.. semua tuu rezeki dari Allah.. semua tuu jugak ujian dari Allah.. dan kalo saya wakaf 28% dari jumlah tuu.. rasanya tak salahkan Zal?”

Ayooo.. senangnya Hj R kira.. mudahnya dia congak.. dan hebatnya pandangan dia

Kalo laa Hj R.. yang tak dee school pun.. bole wakaf 28% dari keuntungan pelaburan dia.. untuk jalan Allah.. korang rasa.. korang bole buat tak? Renung-renung dan fikir-fikirkan..

Klik LIKE tanda belajar

Ok laa.. salam

Jenis Emas Yang Sesuai Untuk Pelaburan

Assalammualaikum rakan-rakan sekalian. pada hari nie hati saya tergerak untuk menulis artikel mengenai strategi pelaburan emas. sebelum anda melabur anda perlu ada satu plan yang jelas, apakah strategi yang akan anda gunakan kerana setiap duit yang saudara/saudari gunakan mestilah memperolehi keuntungan maksima..

disini saya hanya bincangkan mengenai pelaburan emas fizikal sahaja, pekara yang akan disentuh adalah seperti berikut
1) jenis emas yang sesuai untuk pelaburan
2)kuantiti emas
3)kualiti emas
4)waktu membeli

1) jenis emas yang sesuai untuk pelaburan
jika saya cakap jenis emas yang sesuai untuk pelaburan ini bergantung kepada niat dan kedudukan kewangan pelabur.. di malaysia pelaburan emas fizikal di bahagi kepada berapa bentuk iaitu emas jongkong,emas perhiasan dan syiling emas.


1) emas jongkong- emas jongkong sesuai untuk pelabur yg mempunyai kewangan yg kukuh dan sesuai untuk keuntungan jangka masa panjang kerana emas jongkong tidak boleh dipajak.. jika pelabur memerlukan tunai atau terdesak memerlukan duit... pelabur terpaksa menjual jongkong tersebut.emas jongkong hanya sesuai untuk pelabur yang mempunyai disiplin yang menyimpan yg tinggi dan kedudukan kewangan yang kukuh.

2) emas perhiasan- emas perhiasan merupakan pilihan yang agak baik untuk pelaburan emas kerana ia boleh dipakai oleh wanita dan juga boleh disimpan. tambahan pula emas perhiasan yang dipakai tidak dikenakan zakat selagi tidak melebihi berat timbangan untuk emas perhiasan yang dipakai. disini pelabur memperolehi 3 mafaat iaitu pengecualian zakat selagi tidak melebihi timbangan zakat untuk perhisan,boleh dipakai dan boleh dipajak.. tetapi keburukan emas perhiasan ialah nilai semasanya akan berkurang kerana emas ini akan di kelaskan kepada ketogeri emas terpakai selepas penggunaan selalunya nilainya semasanya akan di tolak hingga 20%.. tambahan pula harga emas perhiasan lebih mahal jika hendak dibanding emas fizikal yang lain kerana terdapat factor tambahan seperti kos upah dan sebagainya..  tetapi saudara tidak perlu risau kerana ada syarikat menawarkan polisi buyback tanpa mengira emas perhiasan itu diguna atau tidak dan tidak dikenakan kos upah.. disini pelabur perlu bijak mencari syarikat emas yg boleh menawarkan perkhidmatan seperti ini.. tetapi percayalah kadar keuntungannya lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan emas fizikal lain..




3)syiling emas- untuk pelaburan syiling emas saya bahagikan kepada dua iaitu emas syiling keluaran bank dan emas dinar. keduanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. syiling emas keluaran bank dimalaysia ialah kijang emas. kijang emas merupakan kegemaran saya kerana nilainya yang tinggi, dan mempunyai pembeli yg sedia membeli.. maksud saya disini ialah walaupun kijang emas mempunyai beza harga jual beli tetapi pelabur2 emas yang lain sanggup membeli kijang emas pada harga web.bermakna pelabur tidak perlu bimbang tentang kerugian. jika pelabur membeli pada waktu yang betul. kijang emas merupakan pilihan yang tepat untuk keuntungan maksimum tetapi kijang emas sukar untuk deperolehi dan hanya dijual di kaunter maybank yang terpilih sahaja.
dinar dan lain2 syiling emas juga merupakan pilihan yang terbaik.. dinar mempunyai spread ( beza harga jual beli) yang rendah.. dinar merupakan emas fizikal kedua yang memberi pulangan yang lumayan disamping harganya yang rendah

kesimpulannya jenis emas yang sesuai untuk pelaburan sebenarnya bergantung kepada pelabur . jika kewangan pelabur kukuh syiling dan bar merupakan pilihan yang baik..ini merupakan pandangan peribadi saya,jika pelabur mempunyai kedudukan kewangan yg tidak stabil anda boleh membeli emas perhiasan atau membeli emas syiling dan jongkong pada kuantiti yang kecil.. seperti yang saya cakapkan tadi ia bergantung kepada pelabur.. apa yang penting sebenarnya ialah ilmu. jika kita mempunyai ilmu yang cukup kita dapat mengelak ditipu..


Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini tentang Emas dan Perak

Powered By goldsilver2u