Wednesday, January 11, 2012

Apa itu Kitco Dan Bagaimana kita Hendak Menggunakannya


Assalamualaikum kepada pelabur emas dan silver
disini saya ingin kongsikan satu ilmu yg saya perolehi dari blog2 otai emas.. topik pada hari nie ialah apa itu kitco dan apa kepentingannya... dan bagaimana hendak mengunakannya..

Apa itu kitco.com?
kitco merupakan syarikat pengedar emas terbesar dan terkemuka di dunia. dan kebanyakkan syarikat emas menjadikan harga spot kitco sebagai rujukan harga.  dibawah merupakan contoh laman wed kitco.com



Antara kepentingan laman kitco adalah
1. Anda boleh mengetahui kenapa harga emas naik atau turun.
2. Rekod harga emas dari tahun 1833
3. Mendapat graf / banner harga emas untuk website anda (spot price)
4. Forum perbincangan mengenai logam berharga (precious metals)
5.jangkaan kenaikan harga emas.
6.indicator kenaikan harga emas.


1. Bagaimana mengetahui kenapa harga emas naik atau turun?

setiap pembaca yang berminat tentang emas sudah pasti pernah melihat graf harga kitco bukan? Contohgraf kitco tersebut adalah seperti dibawah.

contoh_graf_harga_kitco

Memandangkan harga emas naik dan turun setiap masa, jadi apakah faktor yang menyebabkan kenaikan dan penurunan harga emas ini? Well anda boleh dapat jawapannya kat kitco

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 4 faktor utama yang mempengaruhi kenaikan dan penurunan harga emas iaitu:
1. Permintaan dan penawaran emas di dalam pasaran
2. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
3. Situasi politik dunia
4. Situasi ekonomi dunia

Jadi, 2 daripada faktor berkenaan dinyatakan di dalam laman web kitco iaitu.
1. Kekuatan dan kelemahan US Dollar
2. Faktor permintaan dan penawaran pasaran
Jadi, setiap kali anda melihat graf kitco, anda boleh ke laman web mereka untuk mendapatkan info kenapa harga emas naik @ turun.
Bila USD lemah maka harga emas naik.


huraian_kenapa_harga_naik



 kitco_price2


2. Sejarah harga emas/perak.

Website kitco juga menyediakan sejarah harga emas dan perak serta beberapa logam lain.
Rekod sejarah harga emas adalah dari tahun 1833 dan perak pula sejak tahun 1792.
Anda boleh check kat sini.

http://www.kitco.com/charts/ 

Anda boleh melihat pergerakan harga emas harian, bulanan, tahunan, 3 tahun dan 10 tahun.
Contoh graf harga emas yang dipaparkan (harga tahunan)
Data yang diberikan sangat menarik dan bermanfaat. Jadi, jika anda melihat sendiri bagaimana kenaikan harga emas dari tahun ke tahun, sudah pasti anda akan kagum dengan trend kenaikan harga emas ini
chart_yearly


3. Mendapat graf harga emas.

Jika anda mempunyai blog atau laman web dan berminat untuk meletakkan graf harga emas (macam kat blog jutawanemas nie) maka anda boleh menggunakan kod html yang disediakan oleh kitco.
Graf ini adalah percuma 
Ini adalah contoh banner yang boleh anda gunakan.
contoh banner
Anda boleh ambil kod tersebut di sini dan copy paste ajer kat blog anda.
http://www.kitco.com/price/ (banner)
http://www.kitconet.com/ (carta


free_chart


tn_bannner

kitco_forumbannner2


4. Forum perbincangan mengenai pelaburan logam berharga.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi di web kitco ialah forumnya.
Ini adalah link untuk ke forum kitco (https://www.kitcomm.com/index.php)
Info yang boleh diperolehi daripada forum kitco tersebut amatlah banyak dan berguna.
Saya sarankan anda untuk mengujungi forum kitco ini untuk mendapat pendedahan yang lebih meluas mengenai precious metals investments dan juga komoditi yang lain.


No comments:

Post a Comment

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini tentang Emas dan Perak

Powered By goldsilver2u