Sunday, April 1, 2012

Pelaburan Hartanah Luar bandar Untungkah?

Rata-rata mengetahui yang penduduk di luar bandar ini mempunyai hobi membeli tanah, tak kiralah tanah untuk bertani mahu pun sekadar tanah untuk menternak ular di dalamnya. Apa yang pasti setiap tanah yang dibeli mempunyai nilainya yang tersendiri. Menurut kawan kampung sya, kebanyakan dari rakan-rakan beliau yang telah mewarisi berbidang-bidang tanah dari orang tua mereka telah mula menaikkan rumah di atas tanah tersebut dan seterusnya menyewakannya kepada para pekerja di kawasan berhampiran. Jika modal menaikkan rumah menjadi masalah, mereka biasanya akan memajakkan tanah tersebut kepada pihak bank dan dengan duit pajakan yang diperolehi dari bank, telah mereka gunakan untuk kos pembinaan rumah tersebut. Jangan pula korang gundah gulana dengan kos pembinaannya kerana aku difahamkan bahawa basic terrace house 1 pintu hanya memerlukan RM30K sahaja sebagai modalnya malah kadangkala mampu dikurangkan lagi dan dari hasil sewa yang berjumlah RM350 ke RM400 setiap bulan sekurang-kurangnya jauh lebih cukup untuk membiayai insyalment hasil dari pinjaman sebanyak RM20K yang dibuat di bank. So, aku rasa tidak ada alasan bagi mengatakan pelaburan hartanah hanya untuk orang yang tinggal di bandar-bandar besar sahaja kerana selagi otak kita masih berfungsi, selagi itulah adanya jalan untuk generate income dari bidang hartanah ini.

No comments:

Post a Comment

Klik Like Sekarang untuk dapatkan Info terkini tentang Emas dan Perak

Powered By goldsilver2u