Sunday, April 1, 2012
Pelaburan Hartanah Luar bandar Untungkah?
Rata-rata mengetahui yang penduduk di luar bandar ini mempunyai hobi membeli tanah, tak kiralah tanah untuk bertani mahu pun sekadar tanah untuk menternak ular di dalamnya. Apa yang pasti setiap tanah yang dibeli mempunyai nilainya yang tersendiri. Menurut kawan kampung sya, kebanyakan dari rakan-rakan beliau yang telah mewarisi berbidang-bidang tanah dari orang tua mereka telah mula menaikkan rumah di atas tanah tersebut dan seterusnya menyewakannya kepada para pekerja di kawasan berhampiran. Jika modal menaikkan rumah menjadi masalah, mereka biasanya akan memajakkan tanah tersebut kepada pihak bank dan dengan duit pajakan yang diperolehi dari bank, telah mereka gunakan untuk kos pembinaan rumah tersebut. Jangan pula korang gundah gulana dengan kos pembinaannya kerana aku difahamkan bahawa basic terrace house 1 pintu hanya memerlukan RM30K sahaja sebagai modalnya malah kadangkala mampu dikurangkan lagi dan dari hasil sewa yang berjumlah RM350 ke RM400 setiap bulan sekurang-kurangnya jauh lebih cukup untuk membiayai insyalment hasil dari pinjaman sebanyak RM20K yang dibuat di bank. So, aku rasa tidak ada alasan bagi mengatakan pelaburan hartanah hanya untuk orang yang tinggal di bandar-bandar besar sahaja kerana selagi otak kita masih berfungsi, selagi itulah adanya jalan untuk generate income dari bidang hartanah ini.
Wednesday, March 7, 2012
WELCOME TO GOLD SILVER RESOURCES (GSR)
Selamat datang ke blog Dealer Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR).Blog ini ditwujudkan sebagai platform informasi setempat semua berkenaan Syarikat, Khidmat, Produk & Halatuju kami.
GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) ialah sebuah syarikat yang mempunyai milikan penuh bumiputra 100%. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak. Semua produk GSR adalah dijamin akan belian balik pada harga yang lebih tinggi dari pesaing kami. Dan kami juga menawarkan anda menjadi dealer kami pada modal paling minimum iaitu hanya RM 1000 sahaja.
Kami boleh memberikan khidmat rundingan & bimbingan berkaitan GSR melalui rangkaian saya. Biarkan Team kami ke tempat anda.. hubungi kami di.....
GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) ialah sebuah syarikat yang mempunyai milikan penuh bumiputra 100%. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak. Semua produk GSR adalah dijamin akan belian balik pada harga yang lebih tinggi dari pesaing kami. Dan kami juga menawarkan anda menjadi dealer kami pada modal paling minimum iaitu hanya RM 1000 sahaja.
Kami boleh memberikan khidmat rundingan & bimbingan berkaitan GSR melalui rangkaian saya. Biarkan Team kami ke tempat anda.. hubungi kami di.....
Peluang menjadi dealer Emas GSR hanya RM 1000 SAhaja!!
Apakah kelebihan menjadi dealer GSR? Secara ringkasnya dapat Saya ceritakan seperti ini
Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya rm1000 sahaja bagi masa yang terhad - Rebutlah peluang sekarang!
Hanya bermodalkan rm1000
sahaja semasa promosi Dealership yang akan berakhir pada 31 disember 2012, anda layak bergelar Agen / Dealer Rasmi GSR.
Anda akan bertanya lagi. Apa yang dealer dapat dengan rm1000 tu? Baik secara ringkas juga anda sebagai dealer layak memperolehi paling minima item berikut:
Tunggu apa lagi..rebutlah peluang sekarang!! Sila daftar sebagai dealer
offer menjadi dealer di bawah rangkaian saya sahaja RM1000 jadi rebutlah peluang ini sekarang. tawaran ini tamat pada 31 disember 2012
- Syarikat Milik Bumiputera 100%
- Komisen yang tertinggi ditawarkan oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Emas RM15/g manakala Perak 2-3%.
- Komisen Buyback yang tertinggi oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Buyback Emas RM4/g dan Perak 0.5%.
- Keluaran produk Emas & Perak yang menggunakan pendekatan yang lain dari yang lain. Produk Bullion Emas & Perak menggunakan pendekatan mirip Perth Mint, Australia di mana keluaran yang terhad bagi setiap produk. Menjadikannya unik kerana limited mintage.
- Produk disertakan dengan sijil ketulenan yang ditauliahkan ketulenan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang mana merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.
- Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan dilekatkan dengan sticker Hologram yang mustahil untuk diklon (password encrypted)
- Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan adalah unik bagi setiap produk dengan Tema Khas
- Pertama di Malaysia! Setiap Bullion Bar Perak & Emas tersebut serta Sijil Ketulenan ditandatangi oleh Assayer By Hand, bukan dicetak. Sangat unik.
- Produk bukan sahaja sebagai instrumen pelaburan bahkan sebagai "Collectors Item" kerana kuantiti yang terhad.
- Pelbagai design akan dikeluarkan hampir setiap 2 bulan.
- Mampu dibeli oleh semua golongan sasaran & mudah dijual semula
- Jaminan beli balik / "Buy Back" oleh syarikat
- Sistem Pendaftaran Dealer menggunakan pendekatan "Affiliate" yang tercanggih secara automatik
- Belian (Order boleh dibuat secara online - barang terus dihantar kepada anda tanpa orang tengah.
- Harga produk yang dikemaskini secara automatik mengikut harga emas dunia
- Order juga boleh dibuat secara SMS atau telefon.
Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya rm1000 sahaja bagi masa yang terhad - Rebutlah peluang sekarang!
Hanya bermodalkan rm1000
sahaja semasa promosi Dealership yang akan berakhir pada 31 disember 2012, anda layak bergelar Agen / Dealer Rasmi GSR.
Anda akan bertanya lagi. Apa yang dealer dapat dengan rm1000 tu? Baik secara ringkas juga anda sebagai dealer layak memperolehi paling minima item berikut:
- Diskaun / Komisen pembelian emas dan perak seumur hidup yang lumayan.
- Overriding Komisen
- Yuran dealer seumur hidup
- FREE kos penghantaran percuma bagi produk emas
- FREE website marketing GSR
- FREE seminar/bengkel untuk Pemantapan Dealer secara berkala seumur hidup
- FREE penghantaran melebihi 1kg silver
- FREE Buku resit GSR
- FREE Flyers promosi GSR 300kpg
- FREE Member Card GSR
- FREE Jaket GSR
- FREE Bag GSR
- FREE Bussines Card 300 kpg
- FREE Khairat kematian RM500 (2 tahun pertama)
- FREE Samsung Tablet 7 Plus * T&C
- FREE Iklan Akhbar - Daftar sekarang, nama anda terpapar di akhbar Kosmo selama 2 bulan berturut-turut.
Tunggu apa lagi..rebutlah peluang sekarang!! Sila daftar sebagai dealer
offer menjadi dealer di bawah rangkaian saya sahaja RM1000 jadi rebutlah peluang ini sekarang. tawaran ini tamat pada 31 disember 2012
Analysis Pelaburan Emas, ASB, KWSP, Fixed deposit, Unit trust dan Tabung Haji
assalammualaikum semua warga pelabur dan kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk membuat pelaburan emas. Disini saya ingin membuat analysis pelaburan dan pelaburan yang manakah memberi pulangan yang lumayan.
1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim.
2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB.
3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli.
4) Unit Amanah (unit trust) – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini.
Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur.
Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak.
Soal Jawab tentang Pelaburan Emas
1) Berapakah bentuk pelaburan emas? Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah.
2) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun.
3) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak sehingga 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang.SEBELUM TERLAMBAT
7 soalan popular megenai pelaburan emas
Saya kumpulkan 7 soal-jawab yang sering ditanya mengenai pelaburan emas:
#1 – Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, maka pastikan tuan hanya membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank Islam sahaja. Jika tuan membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.
2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.
#3 – Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas patuh Shariah?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain.
Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
#4 – Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.
Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.
#5 – Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.
Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.
Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
#6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emassebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah riba.
Soalan 7 + 1: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi.
Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.
Pelaburan Emas lebih baik dari ASB
November 2009 lepas Dato' Saleh Majid dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.
Beliau diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.
Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.
Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat. Pada November 2009 lepas emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871). Kini Ogos 2010, Emas telah meningkat ke AS$1218 seauns.
Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi. Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 65 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1218.50 (RM3,899.20) seauns.1 auns adalah bersamaan 31.1 gram. Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas tahun lepas dan menambah emas mereka pada Julai yang lalu? Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.
Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).
Allah swt Mengangkat Darjat Emas.
Sebut saja mengenai emas, semua orang yang tahu mengenali emas, logam yang paling berharga ini sering kali di jadi hias kaum hawa malahan pada masa sekarang ada kaum Adam tanpa segan silu menjadikannya sebahagian daripada hiasan mereka, Perlu diingatkan bagi lelaki walaupun memakai Cuma seketika ia tetap berdosa.
Sejarah dunia telah membuktikan ia adalah logam yang amat bernilai, bagi memperoleh emas ada yang sanggup berbunuh- bunuhan malahan ia juga membuktikan emas digunakan bagi menebus kawasan ataupun kota yang ditawan pihak lawan sebagai contoh peperangan yang berlaku sekitar 700sm Raja Yehuda menyerahkan sebanyak 30 talenta emas dan 800 talenta perak kepada Sanherib bagi menebus kota -kota yang ditawan oleh Sanherib
Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa ia tidak akan berkarat. Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan sekarang ini hanya tembaga. Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai kompenannya seperti IC dan juga processor komputer kita tetapi kuantitinya terlalu kecil.
Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini;
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah- buahan yang ada di taman syurga kecuali buah Kuldi.
Iblis yang memasuki syurga dengan bantuan Ular Yang menelannya dan kemudian memasuki syurga, burung merak mengawal memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepas iblis manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah Kuldi seterusnya ia mempengaruhi nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.
Di riwayatkan sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum manakala bagi Siti Hawa ia tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari- lari mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di Syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya ke dunia bersama- sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk- makhluk lain di syurga berasa tidak puas hati dengan tindakan Allah SWT dan Allah SWT yang maha mengetahui hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakannya betul supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emasNota; Maaf, saya terlupa haiwan yang bertanggung jawab sebagai pemerhati malaikat ketika di luar syurga semasa ular menelan iblis.
Dengan jawapan daripada emas tersebut Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak- anak cucu Adam.
Wallahualam
Jadi sahabat sekalian, terjawab la sudah..kenapa emas dari dulu..sampai la sekarang, manusia memandang emas tu sebagai sesuatu yg bernilai…
Saya juga ada mendengar suatu ceramah agama, katanya..Emas ni memang suatu yg sangat berharga…hinggakan Syurga pun Allah jadikan dinding2nya dari emas dan perak..bumbungnya pula dari permata..
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar).
Wallahualam..semoga kita dikalangan orang yg beriman..insyaAllah..
sumber:www.inspirasiemas.com
Subscribe to:
Posts (Atom)